Setahun sudah aku tinggalkan blog ini. Teramat banyak sudah pengalaman-pengalaman yang aku tempuhi sepanjang tahun 2012. Sehingga teramat malas nak ku ceritakan. HAHA.
Tapi hari ni, aku nak ceritakan tentang kesan baik buruk persahabatan. Sahabat ni teramatlah memainkan peranan penting dalam hidup kita. Sahabat lah antara yang membentuk peribadi, sahsiah kita, perangai kita. Kalau sahabat kita baik, baik lah kita.
Sahabat memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian kita. |
Situasi kedua, cuba bayangkan... kamu seorang pelajar yang average la, tak buat salah sangat dari segi undang2 dunia akhirat, tiba-tiba semua kawan2 sekeliling tu jenis ganas2, rock2, buat benda pelik2. Kalau mula2 berkawan mungkin culture shock sikit, tp kalau dah lame berkawan, boleh terikut2 sebenarnya.
Aku ada kawan, dia asal2 ok la study, tapi bila dia kenal dengan kawan2 baru, yang kurang sikit, habisss...
Kelas pun dah jadi malas dah nk pergi, asyik2 suruh orang signkan je. Menyusahkan orang ada la. Asyik2 ujung mggu je mesti keluar. Kawan2 ajak lepak. Ikuuut je. Tak fikir panjang,
Apa korang rasa pasal kawan aku tu? Agak2 apa jadi kat dia sekarang? Agak apa jadi kat pelajaran dia sekarang?
Berbalik kepada tajuk kita, kesan baik buruk persahabatan ni sangat2 lah betul. 27 September 2012, result final exam untuk sem May keluar! Kesian kat kawan aku sbb dia dapat teruk sangat result sem tu. Puncanya?? kawan2 ke? aku tak tahu.. Jawapan ad pada korang :)
Namanya akan ku rahsiakan jangan risau. Aku bukan nak buruk2kan dia, tapi nak buat pengajaran buat kita semua. Masa result keluar tu dia sedang bercuti iaitu cuti sem 4 bulan. Mujur lah ada 4 bulan, ada jgak masa untuk dia reflect diri sndiri. Aku pun xtahu lah apa dia buat masa cuti hari tu. Tapi sekarang dah bukak sem baru. Banyak dah perubahan yang aku nampak yang dia buat.
Sekarang dia satu rumah dengan kawan2 yang semuanya baik, dan rajin2. Kelas setakat ni selalu je aku nampak dia ada, siap duduk kat depan lagi! Tercabar wooo. Kalau dulu, dia lah yang selalu tiru kerja2 orang, assignment, lab report ape smua. Tapi sekarang?? Aku plak yang pegi intai jawapan dia. Dan aku terus berharap agar dia menjadi insan yang berjaya dari sekarang sehinggalah ke akhirat.
Aktiviti-aktiviti sihat bersama rakan2 |
Bohhh, sedap ngepek hari ni.Haha. Thanks for reading!